Kerjasama Projek Penginapan Hotel
Kerjasama Projek Penginapan Hotel
Projek-projek seperti Blok B Plaza sarang burung, Bangunan #9 Taman Sains dan Teknologi Internasional China-Malaysia, dan Pangsapuri Pintar Internasional dengan ini mengundang mana-mana satu pihak untuk pelaburan dan kerjasama, Bidang kerjasama boleh dalam bentuk sewa atau menyertai dalam operasi bersama.
Hotel jenama taraf ekonomi, pangsapuri yang bersifat hotel.
Blok B Plaza Sarang burung
Projek ini terletak di laluan lanjutan Jalan 2 Utara Zhongma. Jumlah keluasan binaan projek ini ialah 23,289.16m2, dengan 18 tingkat dan setiap tingkat ialah seluas 1,571.62m2. Ia digunakan sebagai pangsapuri yang bersifat hotel dan mempunyai maksimum sebanyak 400 bilik.
Bangunan No 9 Taman Sains dan Teknologi Antarabangsa China-Malaysia
Projek ini terletak di persimpangan antara Jalan Youyi dan Jalan raya Zhongma. Jumlah keluasan binaan projek ini ialah 37,975.02m2, dengan 18 tingkat dan setiap tingkat seluas 1,800-1,900m2. Bangunan ini akan digunakan sebagai hotel projek, yang mengandungi 1 ballroom dan maksimum 200 bilik tamu.
Projek Pangsapuri Pintar Internasional
Projek ini terletak di sebelah utara Jalan raya Zhongma. Ia adalah sebuah pangsapuri perumahan dengan tempoh pajakan selama 70 tahun. Jumlah keluasan binaan ialah 88,400m2, terdiri daripada 4 bangunan yang mempunyai 2 tingkat blok komersial, 12-18 tingkat blok kediaman yang mempunyai jumlah 1,225 rumahtangga. Bangunan untuk diguna sebagai pangsapuri yang bersifat hotel kira-kira mengandungi 300 bilik tamu.