Berita Perbadanan

“Bersaing” untuk Menonjolkan Kelebihan China-Malaysia Investment Holding Group mengadakan Sidang Ucapan untuk Perlawanan Mendapatkan Jawatan

Kembali
2024-10-03 Sumber: Kumpulan Pegangan Pelaburan China dan Malaysia Pengarang: Kumpulan Pegangan Pelaburan China dan Malaysia

Dalam usaha melakukan transformasi dan pembaharuan sumber daya manusia terhadap kader, meningkatkan usaha dalam pemilihan golongan elit yang mempunyai kuasa daya saing, mendorong golongan ini menunjukkan kebolehan diri serta meningkatkan kualiti pembangunan golongan peneraju korporat, China-Malaysia Investment Holding Group telah mengadakan ucapan persaingan jawatan dan sesi soal jawab baru-baru ini. Dalam persaingan ini, pemimpin perbadanan, ketua-ketua jabatan dan cawangan serta perwakilan pekerja telah berkhidmat sebagai hakim.      

1731307855269.png

1731307855455.png

Setelah pemeriksaan kelayakan dan ujian bertulis peringkat awalan dijalankan, sebanyak 26 orang calon telah berjaya memasuki sesi ucapan persaingan. Persaingan yang sengit telah dijalankan bagi merebut 8 jawatan yang ditawarkan. Kakitangan korporat yang menyertai sesi persaingan jawatan ini masing-masing menunjukkan kehebatan diri dengan berani di atas pentas. Dalam ucapan mereka, isi kandungan seperti “Saya mempunyai pemahaman yang mendalam bagi jawatan ini...”, “Bagi jawatan ini, saya mempunyai kelebihan seperti...”, “Saya akan melaksanakan kerja dengan konsep...” telah dinyatakan. Calon-calon tersebut berkeyakinan penuh dalam ucapan mereka dengan menjelaskan pemahaman tentang jawatan, menunjukkan kelebihan diri, merancang strategi, dan menunjukkan keteguhan hati.         

1731307855693.png  

1731307855935.png  

1731307856154.png  

1731307856405.png  

1731307856545.png  

1731307856718.png

1731307856923.png

1731307857156.png

1731307857327.png 

1731307857492.png  

1731307857731.png  

1731307857875.png  

1731307858102.png



Di samping itu, para hakim turut mengemukakan soalan-soalan yang fizikal dan spesifik seperti “Pada pendapat awak, apakah peraturan baru yang diperkenalkan itu akan mempengaruhi kerja dalam aspek tertentu? Bagaimanakah awak dapat mengatasinya?”, “Pada pendapat awak, apakah titik keutamaan dan kesukaran dalam kerja ini? Apakah cara penyelesaian awak?”, “Jika kamu yang bertanggungjawab dalam projek ini, bagaimanakah awak akan melaksanakannya?”. Bagi menjawab soalan-soalan tersebut, calon-calon pertandingan berfikir dan menjawabnya dengan hati yang tenang, semangat tidak takut untuk menghadapi cabaran ditunjukkan oleh mereka dengan sepenuhnya. 

1731307858245.png

1731307858470.png

1731307858704.png

1731307858939.png

       

Untuk memastikan kerja-kerja ucapan persaingan jawatan dan sesi soal jawab berjalan dengan lancar, China-Malaysia Investment Holding Group telah menubuhkan satu pasukan kepimpinan kerja di mana ahli-ahli utamanya terdiri daripada pemimpin jawatankuasa parti perbadanan. Pasukan ini mengaturkan kerja-kerja persaingan ini secara rapi dan terperinci bagi menyediakan satu pentas persaingan yang adil dan saksama kepada calon-calon untuk menunjukkan kehebatan diri. Bagi langkah yang selanjutnya, perbadanan akan terus bertindak melakukan transformasi dan pembaharuan, konsep persaingan jawatan dilaksanakan secara berkesinambungan untuk menginspirasikan semangat pasukan serta mewujudkan pasukan kader korporat yang berkualiti dan berspesialisasi.



WeChat
 No. 1, Jalan Zhongma, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia Guangxi E-mel kumpulan:zmkgjt@zmkgjt.com.cn Peti aduan:jw@zmkgjt.com.cn No Faks:+86 0777-5988080 No Tel:+86 0777-5988105
China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd. 桂ICP备19004758号-1 桂公网安备 45070202000779号