Sambutan Hangat - Perbadanan Zon Perindustrian Qingzhou (Guangxi) China-Malaysia mengadakan Sambutan Ulang Tahun Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia Tahun 2024 dan Karnival Akrobatik W
Pada 22 - 24 November, Perbadanan Zon Perindustrian Qingzhou (Guangxi) China-Malaysia mengadakan Sambutan Ulang Tahun Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia Tahun 2024 dan Karnival Akrobatik Warisan Budaya Tidak Ketara serta Jamuan Makanan Laut secara besar-besaran di Dataran Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou), Taman Industri Qinzhou China-Malaysia. Pelbagai acara seperti persembahan warisan budaya tidak ketara, makanan yang lazat serta acara hiburan telah diadakan dalam majlis ini. Ini telah menarik minat hampir 60 000 orang saudagar dan hadirin dari merata tempat untuk menghadiri majlis tersebut bagi merangsang pembangunan ekonomi dan membawa lebih banyak peluang perniagaan kepada Zon Perindustrian Qingzhou (Guangxi) China-Malaysia.
Sila menghayati kemeriahan ulang tahun Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia menerusi kamera.
Lampu-lampu yang indah menerangi malam yang menjelma. Majlis perayaan seolah-olah lautan yang penuh dengan kegembiraan. Hadirin-hadirin dari merata tempat menikmati kegirangan di pesta makanan dan kebudayaan ini.
Persembahan warisan budaya tidak ketara membawa keseronokan dari segi audio-visual
Persembahan warisan budaya tidak ketara yang menarik seperti “Da Tie Hua” (bunga api), “Feng Huo Lun” (roda angin dan api), “Bian Lian” opera Sichuan, paparan kaligraf, akrobatik, dan sebagainya telah memperlihatkan kemahiran purba yang diwarisi beribu-ribu tahun serta menunjukkan percintaan sejati yang unik dari orang China. Tapak persembahan dipenuhi oleh para penonton, mereka berasa kagum dan memberi tepukan yang gemuruh kepada pertunjukan-pertunjukan tersebut.
Selain daripada persembahan warisan tidak ketara, pertunjukan moden seperti hip-hop dan kit gendang juga diadakan. Para penonton menikmati kekaguman dan keseronokan dari pertunjukan-pertunjukan yang unik dan hebat.
Makanan yang lazat dan menyelerakan
Makanan-makanan yang unik dan lazat seperti Tiram Qinzhou, Tauhu Busuk Changsha, teh susu “selebriti internet”, hidangan barbeku, gula-gula kraftangan Beijing telah muncul di Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia. Para hadirin terpikat dan memuji-muji kelazatan makanan tersebut.
Dunia hiburan yang penuh dengan kegirangan
Permainan gelongsor pelangi, keretapi, karusel, sayap angkasa lepas, tiup belon... Orang dewasa membawa budak-budak berkunjung ke taman tema untuk menaiki keretapi berwarna merah dan menembak belon berwarna-warni. Mereka menikmati masa kekeluargaan yang telah dinanti-nantikan. Taman tema tersebut dipenuhi dengan orang ramai, gelak ketawa, dan suasana kemeriahan.
Bagi langkah yang seterusnya, Perbadanan akan fokus kepada unsur-unsur seperti keperluan sara hidup, budaya masyarakat, dan perpaduan rakyat di Zon Perindustrian Qinzhou bagi mewujudkan dan menaikkan taraf Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia sebagai petanda penting dalam konsep "industri-urban" supaya berkhidmat untuk pembangunan ekonomi di zon tersebut.
Maklumat Tambahan
Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia terletak di persimpangan Jalan 2 Utara Zhongma dan Jalan Youyi, berdekatan dengan Pekan Xingfu, Pangsapuri Belia, Dataran Zhongma, dan lain-lain kawasan perumahan. Zon Komersial ini meliputi kawasan seluas kira-kira 102.6 ekar, ia merupakan sebuah kompleks komersial mercu tanda yang mengintegrasikan kegiatan pameran, urus niaga, makanan, dan hiburan. Di dalam kompleks tersebut mempunyai lebih daripada 20 jenis perniagaan, misalnya restoran makanan laut, katering bertema, pasar raya, industri budaya dan kreativiti serta hiburan. Kompleks ini memberi perkhidmatan kepada puluhan ribu orang penduduk di Pelabuhan Qinzhou. Pada tahun 2023, Zon Komersial “Hao Qing” (Qinzhou) China-Malaysia pernah menjadi penganjur Pesta Tiram Qinzhou dan berjaya menarik minat orang ramai dan pelancong untuk berkunjung ke pesta tersebut.