Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Group menggerakkan pembinaan projek paip penyaliran kawasan laut dalam - “Lebuh raya maritim yang paling indah di Guangxi”
Baru-baru ini, kelihatan krew pembinaan dari Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Group sedang berulang-alik di lebuh raya maritim Sandun, Qinzhou yang digelar sebagai “Lebuh raya maritim yang paling indah di Guangxi”. Suasana tapak pembinaan sibuk dengan bunyi mesin yang kuat dan kenderaan barangan yang lalu-lalang. Kerja-kerja pembinaan seperti kemasukan paip, penggalian parit, penghantaran dan pemasangan paip serta pengisian semula campuran kerikil sedang giat dilakukan .
Projek pembinaan yang sedang giat dijalankan ini merupakan projek paip penyaliran kawasan laut dalam di Da Lanping dan Sandun (Qinzhou), Zon Pengujian Perdagangan Bebas (Guangxi) China. Projek kawasan tanah bahagian II dan Projek kawasan tanah penenderan II dibina secara bersama oleh Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Group dan Guangxi Road Construction Engineering Group Co.,Ltd. Kedua-dua projek tersebut terletak di Lebuh raya maritim Sandun, Qinzhou - “Lebuh raya maritim paling cantik di Guangxi”. Jumlah panjang saluran paip melebihi 16, 000 meter, termasuk pembinaan bicu paip, pemasangan paip, penahan cerucuk kepingan keluli, dan sebagainya. Diketahui bahawa, kecekapan penyaliran di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia akan dapat dipertingkat setelah projek penyaliran air hujan dan kumbahan dijalankan. Pembinaan projek ini dapat meningkatkan tahap perkhidmatan awam Pelabuhan Qinzhou dan kapasiti ekologi pesisir pantai di zon perindustrian Pelabuhan Qinzhou. Sehubungan dengan itu, pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan di Pelabuhan Qinzhou akan terjamin.
Dalam usaha untuk menjayakan kedua-dua projek ini, prinsip kerja yang berpiawaian tinggi dan ketat telah diamalkan oleh Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Group sejak mendapat tender tersebut. Pihak Perbadanan berusaha sedaya upaya untuk menggerakkan pembinaan projek ini dengan membuat perancangan yang menyeluruh bagi memperincikan langkah-langkah dan jadual waktu pembinaan, kren pembinaan diatur masuk ke tapak pembinaan secara cekap dan tersusun serta memperuntukkan sumber-sumber daripada pelbagai pihak dengan sewajarnya. Setakat ini, kerja-kerja penggabungan paip dan penghantaran kemudahan telah selesai, kerja pemasangan paip juga dijalankan dengan berefisien. Antaranya, bagi Projek kawasan tanah bahagian II, kerja pemasangan paip telah melebihi 6,000 m, pengisian semula diod zener melebihi 4,500 m, mencapai 50% daripada jumlah panjangnya. Manakala bagi Projek kawasan tanah penenderan II, kerja pemasangan paip telah melebihi 2,200 m dan mencapai 60% daripada jumlah panjangnya.
Seterusnya, pihak Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Group akan mengoptimumkan keadaan cuaca yang baik untuk menjalankan kerja pembinaan, mengukuhkan penyelarasan dalam kerja pembinaan, meningkatkan pemantauan kualiti dan pengurusan keselamatan di tapak pembinaan bagi memastikan kedua-dua projek ini dapat diselesaikan dengan berkualiti, cekap, dan selamat. Matlamat China-Malaysia Investment Holding Group(GCMG) adalah untuk memberi sumbangan kepada pembinaan tamadun ekologi di Taman Industri.
Maklumat Tambahan
Lebuh raya maritim Sandun, Pelabuhan Qinzhou yang sepanjang 13 km dibina menerusi penambakan laut. Lebuh raya ini bagai seekor naga yang terlintang berliku-liku di permukaan laut yang kebiruan dan membentuk sebuah penghalang pelindung di antara Pelabuhan Qinzhou dan Teluk Sanniang “Kampung Lumba-lumba Putih Tiong Hua”. Lebuh raya ini telah menjadi pemandangan yang unik di kawasan laut ini dan digelar oleh netizen sebagai “Lebuh raya maritim yang paling indah di Guangxi”.