Pengenalan syarikat
China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd (dirujuk sebagai China-Malaysia Investment Holding Group) ditubuhkan pada April tahun 2017 dengan modal sebanyak RMB 2bilion yuan. Ia merupakan sebuah badan perusahaan yang terletak di bawah authoriti pentadbiran Wilayah Autonomi Guangxi.
China-Malaysia Investment Holding Group melaksanakan misi penting kerjasama dan pertukaran antara China dan Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada pelaburan strategik di China-Malaysia Qinzhou Industrial Park kerana ia merupakan pelabur strategik perintis dalam projek perindustrian dan projek fungsionalisme bandar dan sebagai pembawa penting dalam pasaran modal milik negara dan pengantarabangsaan yang beroperasi. Perbadanan Pelaburan China-Malaysia memainkan peranan sebagai fungsi pendorong kepada modal milik kerajaan dalam pembangunan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park dan kerjasama antarabangsa, dan berkomited untuk menjadi pengendali operator industri yang bersepadu dalam negara China. Sehingga akhir tahun 2023, perbadanan ini memiliki 6 buah anak syarikat, mendapat penyertaan lebih dari 83 badan korporat, memiliki aset berjumlah RMB40 billion yuan, menjanakan pendapatan sebanyak RMB30 billion yuan serta mempunyai lebih dari 600 orang kakitangan. Sejak tahun 2019, ia berada di kedudukan yang cemerlang dalam Penilaian Tahunan Jawatankuasa Pengurusan Zon selama lima tahun berturut-turut, memperolehi 59 anugerah seperti Anugerah “Piala Zhen Wu Ge” (Anugerah Kualiti Tertinggi) bagi Projek Pembinaan Guangxi. Pada tahun 2020, ia dianugerahkan “Tenaga Kerja 1 Mei” Guangxi.
Find more