Syarikat Tahap II

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Industrial Service Group Co., Ltd.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Industrial Service Group Co., Ltd. bermodal daftar sejumlah RMB 500 juta dan kawasan pembinaan hartanah operasi seluas kira-kira 3 juta meter persegi, adalah subsidiari milik penuh China-Malaysia Investment Holding Group dan badan utama perkhidmatan operasi bandar untuk Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia. Ia bertujuan untuk mewujudkan platform perkhidmatan Industri-Urban yang mengintegrasikan perkhidmatan pengeluaran semua faktor dan perkhidmatan gaya hidup. Perniagaan utama termasuk pelancongan kebudayaan, pendidikan dan latihan, pajakan dan jualan hartanah, dan perkhidmatan hartanah, menyediakan perkhidmatan faktor pengeluaran menyeluruh untuk perusahaan yang menetap di taman, dan membekalkan perkhidmatan kehidupan dan budaya untuk penduduk dan pekerja.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Management Group Co., Ltd.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Construction Management Group Co., Ltd. ditubuhkan pada April 2023, modal berdaftar 100 juta yuan. Syarikat ini merupakan syarikat Tahap II milikan penuh China-Malaysia Investment Holding Group. Ia bertanggungjawab untuk membina 'Taman Industri Pembangunan Industri-Urbanyang bersifat digitalisasi, intelektual, selesa, dan selamat' dan juga berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sepanjang kitar hayat pembinaan projek. Terutamanya bertanggungjawab dalam pembinaan prasarana taman industri termasuk urusan ejen pembinaan, peninjauan, perekaan, penyeliaan, pemeriksaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 20 kelayakan dalam kontrak projek pembinaan dan telah banyak kali mendapat anugerah peringkat Bandar dan Wilayah Autonomi.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding International Economic and Trade Group Co., Ltd.

International Economic and Trade Group menjadikan “Produktiviti Industri Baru Muncul” sebagai pemangkin teras, bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjasama perdagangan antarabangsa, bertindak balas pada pembinaan "One Area, Two Places, One Park, and One Corridor", berusaha untuk menjadi logistik perdagangan globalisasi dan penyedia perkhidmatan rantaian bekalan yang mengintegrasikan perkhidmatan pembelian dan pembekalan komoditi, pengurusan pergudangan dan logistik pintar, perniagaan import-eksport, konsultasi rantaian bekalan serta kewangan baru.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Capital Management Group Co., Ltd.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Capital Management Group Co., Ltd. dengan modal berdaftarnya 1.5 bilion. Syarikat ini merupakan syarikat Tahap II milikan penuh China-Malaysia Investment Holding Group. Perbadanan Pengurusan Modal Pelaburan China-Malaysia Guangxi yang sebagai pelaksana kepimpinan modal kapital dalam industri maritim berkomited untuk menjadi penyedia perkhidmatan komprehensif yang profesional dan menerajui platform industri dan kewangan. Dengan memanfaatkan kelebihan “kepimpinan perusahaan milik negara dan kekuatan modal kapital”, perbadanan tersebut menyediakan perkhidmatan platform industri dan kewangan komprehensif secara menyeluruh, kitaran penuh, dan berbilang unsur. Fokus pada sektor perkembangan industri maritim “4+X”, secara aktif melaksanakan perniagaan dalam bidang pelaburan saham, pengurusan dana, perkhidmatan kewangan, operasi modal kapital, dan kewangan rentas sempadan. Setakat September 2024, aset kewangan yang dilabur dan diuruskan oleh perbadanan melebihi 3 bilion yuan.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Industrial Investment Group Co., Ltd.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Industrial Investment Group Co., Ltd. (diringkaskan sebagai Industrial Investment Group) ditubuhkan pada Januari 2024, modal berdaftar 500 juta yuan. Syarikat ini merupakan Syarikat Tahap II milikan penuh China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd. Ia memikul tanggungjawab yang penting dalam bidang pelaburan dan pembangunan bagi syarikat induknya. Dengan adanya kelebihan dan potensi sumber daya Guangxi, perbadanan tersebut bermatlamat untuk membina kluster industri maritim. Projek pelaburan industri yang berpotensi seperti bahan kimia halus, bahan baru, biofarmaseutikal, dan industri makanan ditarik masuk ke taman industri. Ini akan menggalakkan perkembangan kluster industri maritim, mewujudkan pelabur industri maritim yang profesional di serantau ini dan mejadi pemangkin teras kepada transformasi China-Malaysia Investment Holding Group.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Technology Innovation Investment Co., Ltd.

Guangxi China-Malaysia Investment Holding Technology Innovation Investment Co., Ltd. (diringkaskan sebagai Technology Innovation Investment Company) ditubuhkan pada November 2023 merupakan Syarikat Tahap II milikan penuh China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd. Technology Innovation Investment Company bermatlamat untuk meningkatkan jaminan untuk elemen industri inovasi teknologi, mewujudkan Pilotscale experiment base (pangkalan ujian rintis sebelum produk dihasilkan secara rasmi) dengan kerjasama dalam segmen pelaburan dan pembinaan secara langsung, mewujudkan platform transformasi teknologi penyelidikan perusahaan berdasarkan mod “penyelidikan + Pilotscale experiment base + modal kapital”, menyediakan perkhidmatan inkubasi, pengembangan, dan bimbingan kepada usaha niaga baharu supaya dapat berkembang dengan pesat. Di samping itu, Technology Innovation Investment Company juga mengukuhkan kerjasama dengan institut penyelidikan saintifik dan pengajian tinggi, bersama-sama untuk melaksanakan bidang perkhidmatan inovasi teknologi, menubuhkan sistem kerjasama teknologi penyelidikan perusahaan, membantu perusahaan untuk terus berkembang secara inovatif serta meningkatkan kuasa daya saing dan kemampuan inovasi perusahaan.

WeChat
 No. 1, Jalan Zhongma, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia Guangxi E-mel kumpulan:zmkgjt@zmkgjt.com.cn Peti aduan:jw@zmkgjt.com.cn No Faks:+86 0777-5988080 No Tel:+86 0777-5988105
China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd. 桂ICP备19004758号-1 桂公网安备 45070202000779号