Tumpuan Media

Syarikat Yunbo tersenarai dalam “Guangxi Gazelle Companies”

Kembali
2024-11-08 Sumber: Kumpulan Pegangan Pelaburan China dan Malaysia Pengarang: Kumpulan Pegangan Pelaburan China dan Malaysia

62.jpg

Oleh wartawan pelatih, Tian Xixia - Oktober, 30 (Awan Guangxi- Berita Harian Guangxi). Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi telah mengumumkan senarai nama “Guangxi Gazelle Companies” 2024. Guangxi Yunbo Health Technology Co., Ltd. (Syarikat Yunbo) berjaya menjadi syarikat subsidiari pertama China-Malaysia Investment Holding Group(GCMG) yang diiktiraf sebagai “Gazelle Companies”. Sebelum itu, Syarikat Yunbo telah dianugerahkan gelaran “Korporat Berteknologi Tinggi Negara” dan “Korporat Wilayah Autonomi yang berciri profesional, teliti, unik, dan inovatif”.     


Selama tahun ini, produk kompetitif Syarikat Yunbo telah mencapai hasil pertumbuhan yang sangat memuaskan dalam keluaran dan jualan, jumlah eksport turut melonjak. Sehingga akhir bulan September, jumlah eksport meningkat melebihi 50% dan hasil pendapatan eksport melebihi 200% berbanding tempoh yang sama. Selain itu, Syarikat Yunbo terus meningkatkan usahanya dalam bidang R&D (penyelidikan dan pembangunan). Projek “R&D dan keluaran bagi butiran kalsium fosfat tekanan tinggi” merangkul tempat pertama (Kategori syarikat sedang membangun) dalam Pertandingan Teknologi dan Keusahawanan Bandar Qinzhou. Projek ini telah disyorkan oleh Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi untuk berserta dalam Pertandingan Keusahawaan Inovasi China Ke-13.        


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelaburan dalam perniagaan China-Malaysia Investment Holding Group(GCMG) berpaksikan maritim dan “Struktur 4+X”, mempergiatkan lagi pelaburan inovasi teknologi, industri baru muncul strategik, dan industri masa depan serta membantu pembangunan perusahaan teknologi atas sokongan modal, dasar, dan pengurusan. Bagi langkah yang seterusnya, pihak China-Malaysia Investment Holding Group(GCMG) akan terus menitikberatkan sokongan modal dan pemacuan inovasi, meningkatkan daya usaha dalam pelaburan dan pemupukan terhadap perusahaan “Unicorn, Wildebeest, Gazelle, Little Giants”, menjadikan kepimpinan perusahaan milik negara sebagai pemangkin kepada transformasi korporat dan pembangunan industri baru muncul strategik.                

WeChat
 No. 1, Jalan Zhongma, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia Guangxi E-mel kumpulan:zmkgjt@zmkgjt.com.cn Peti aduan:jw@zmkgjt.com.cn No Faks:+86 0777-5988080 No Tel:+86 0777-5988105
China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (Guangxi) Investment Holding Group Co., Ltd. 桂ICP备19004758号-1 桂公网安备 45070202000779号